Jauhi Amalan Syirik, Kerana Ia Menghapuskan Semua Pahala Amalan Kita

Tadabbur Al-Quran Siri # 12

zumar 65

 

Tajuk: Jauhi Amalan Syirik, Kerana Ia Menghapuskan Semua Pahala Amalan Kita

Az-Zumar 39: Ayat 65

Allah berfirman:

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. “Jika kamu mensyirikkan (Allah), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi.”.” (Az-Zumar 39: 53)

Tafsir ayat secara Umum

Imam Ath Thabari rahimahullah menafsirkan: “maksudnya, jika engkau berbuat syirik terhadap Allah wahai Muhammad, maka akan terhapus amalanmu. Dan engkau tidak akan mendapatkan pahala, juga tidak mendapatkan balasan, kecuali balasan yang layak dan sesuai bagi orang yang berbuat syirik kepada Allah”

(Tafsir Ath Thabari, 21/322).

Sebab Turun Ayat

Ibnu Kathir berkata: “para salaf menyebutkan sebab turunnya ayat ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan lainnya, dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu’anhu: bahawasanya kaum Musyrikin dengan kejahilan mereka, mengajak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk beribadah kepada sesembahan mereka bersama mereka”

(Tafsir Ibnu Katsir, 7/113).

Rugi yang dimaksudkan adalah Rugi Dunia dan Akhirat.

Berkenaan ayat ini: “dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi”, Syeikh Abdul Rahman Nasir As Sa’di rahimahullah berkata: “maksudnya adalah rugi di dunia dan di akhirat”

(Taisir Karimirrahman, 729)

Hadis-Hadis Berkenaan Syirik Adalah Dosa Yang Paling Besar

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا: بَلَى يَا رَسُوْلَ اللَّهِ قَالَ: اْلإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوْقُ الْوَالِدَيْنِ

Mahukah aku tunjukkan kepada kalian dosa-dosa yang paling besar? Kami menjawab, “Bahkan ingin wahai Rasulullah”, Baginda menjawab: “(Dosa-dosa yang paling besar itu adalah) mensyirikkan Allah dan derhaka kepada kedua orang tua” (HR. al Bukhari dan Muslim)

‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam:

أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ قَالَ أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ قَالَ قُلْتُ لَهُ إِنَّ ذَلِكَ لَعَظِيمٌ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تَقْتُلَ وَلَدَكَ مَخَافَةَ أَنْ يَطْعَمَ مَعَكَ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تُزَانِيَ حَلِيلَةَ جَارِكَ

Dosa apakah yg paling besar di sisi Allah? Rasulullah menjawab: Kamu membuat tandingan bagi Allah (syirik), sedangkan Dialah yg menciptakanmu.  Aku berkata, Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Beliau bersabda: Kemudian kamu membunuh anakmu kerana khawatir dia makan bersamamu. Aku bertanya lagi, Kemudian apa lagi? Rasulullah bersabda: Kamu berzina dgn isteri tetanggamu” (HR. Muslim no.124)

Salah Satu Dosa Syirik dalah Riya’

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ . قَالُوا : وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : الرِّيَاءُ

“Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil. Mereka (para Sahabat) bertanya : Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah?. Beliau menjawab : Riya`” (Sahih. HR. Imam Ahmad)

Doa Agar Terhindar Dari Dosa Syirik.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan kepadaMu, sedang aku mengetahuinya dan aku memohon keampunan terhadap apa yang tidak aku ketahui.”

(Sahih. HR. Ahmad, lihat Sahihul Jami’ 3/233, dan Shahihut Targhrib wat Tarhib oleh Al-Albani 1/19.)

Jangan Sekali-Kali Berputus Asa Dengan Rahmat dan Ampunan dari Allah

Tadabbur Al-Quran Siri # 11

zumar 53

 

Tajuk: Jangan Sekali-Kali Berputus Asa Dengan Rahmat dan Ampunan dari Allah

Az-Zumar 39: Ayat 53

Allah berfirman:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar 39: 53)

Ibnu Kathir berkata:

هذه الآية الكريمة دعوة لجميع العصاة من الكفرة وغيرهم إلى التوبة والإنابة وإخبار بأن الله تبارك وتعالى يغفر الذنوب جميعا لمن تاب منها ورجع عنها وإن كانت مهما كانت وإن كثرت وكانت مثل زبد البحر

“Ayat yang mulia ini merupakan seruan kepada sekalian para pelaku maksiat, termasuk orang-orang kafir dan selainnya, untuk bertaubat dan berserah diri kepada Allah. Ayat ini memberitahu bahawasanya Allah mengampuni seluruh dosa orang yang bertaubat dan kembali (membersihkan diri) dari tindakan dosa tersebut, walau apa juga jenis dosa itu, dan berapa banyak pun juga, meskipun sebanyak buih dilautan”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, Az-Zumar 39: 53)

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas, bahawasanya orang-orang dari kalangan ahli syirik telah melakukan pembunuhan dan selalu melakukannya. Mereka juga telah berzina dan sering melakukannya. Lalu mereka datang kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata kepada baginda:

إن الذي تقول وتدعو إليه لحسن لو تخبرنا أن لما عملنا كفارة فنزل « وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ » ونزل « قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ »

“Sesungguhnya apa yang kamu ucapkan dan dakwahkan itu amatlah baik. Seandainya kamu dapat mengkhabarkan kepada kami (amalan) apa yang dapat menghapus dosa-dosa yang telah kami lakukan dimasa jahiliyyah”, Maka turunlah ayat ini:

 وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ

“Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina” (al-Furqon 25:68), dan juga turun ayat ini:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah” (Az-Zumar 39:53)”

(HR al-Bukhari no. 4436 dan Muslim no. 112)

Taubat Lelaki yang Membunuh 100 Orang

Dari Abu Sa’id Al-Khudri, Sa’id bin Malik bin Sinan radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَاهِبٍ فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: لاَ. فَقَتَلَهُ فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ عَالِمٍ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ؟ فَقَالَ: نَعَمْ، وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ، انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُونَ اللهَ فَاعْبُدِ اللهَ مَعَهُمْ وَلاَ تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ فَإِنَّهَا أَرْضُ سَوْءٍ. فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ فَقَالَتْ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ: جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلاً بِقَلْبِهِ إِلَى اللهِ. وَقَالَتْ مَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ: إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ. فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ فَقَالَ: قِيسُوا مَا بَيْنَ الْأَرْضَيْنِ فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ لَهُ. فَقَاسُوهُ فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي أَرَادَ فَقَبَضَتْهُ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ. قَالَ قَتَادَةُ: فَقَالَ الْحَسَنُ: ذُكِرَ لَنَا أَنَّهُ لَمَّا أَتَاهُ الْمَوْتُ نَأَى بِصَدْرِهِ

Dahulu, di zaman orang-orang sebelum kalian, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 jiwa. Dia pun bertanya berkenaan orang yang paling alim di muka bumi ketika itu, lalu ditunjukkan kepadanya tentang seorang rahib (ahli ibadah). Maka dia pun datang kepada ahli ibadah tersebut lalu mengatakan bahawa dia telah membunuh 99 jiwa, apakah ada taubat baginya?

Ahli ibadah itu berkata: “Tidak.” Seketika lelaki itu membunuhnya (ahli ibadah itu). Maka dia pun menggenapkan dengan itu (pembunuhan ahli ibadah itu) menjadi 100 jiwa. Kemudian dia bertanya lagi adakah ada orang yang paling alim di muka bumi ketika itu? Lalu ditunjukkanlah kepadanya tentang seorang yang ahli ilmu. Maka dia pun berkata kepada ahli ilmu itu bahawa sesungguhnya dia telah membunuh 100 jiwa, apakah ada taubat baginya?

Ahli ilmu itu berkata: “Ya. Siapa yang menghalang dia dari taubatnya? Pergilah ke daerah ini dan ini. Kerana sesungguhnya di sana ada orang-orang yang sentiasa beribadah kepada Allah, maka beribadahlah kamu kepada Allah bersama mereka. Dan jangan kamu kembali ke negerimu, kerana negerimu itu adalah negeri yang buruk”

Maka dia pun berangkat. Akhirnya, ketika tiba di tengah perjalanan datanglah kematian menjemputnya, (lalu dia pun mati). Maka berselisihlah malaikat rahmat dan malaikat azab tentang dia.

Malaikat rahmat mengatakan: “Dia sudah datang dalam keadaan bertaubat, menghadap kepada Allah dengan sepenuh hatinya.”

Sementara malaikat azab berkata: “Sesungguhnya dia belum pernah mengerjakan satu amalan kebaikan sama sekali.”

Datanglah seorang malaikat dalam bentuk seorang manusia, lalu mereka menjadikan dia (sebagai hakim pemutus) di antara mereka berdua. Maka kata malaikat itu: “Ukurlah jarak antara (dia dengan) kedua negeri tersebut. Maka ke arah negeri mana yang lebih dekat, maka dialah yang berhak membawanya.”

Lalu keduanya mengukurnya, dan ternyata mereka dapati bahwa orang itu lebih dekat kepada negeri yang sedang ditujunya. Maka malaikat rahmat pun segera membawanya.

Kata Qatadah: Al-Hasan mengatakan: “Disebutkan kepada kami, bahawa ketika kematian datang menjemputnya, dia gerakkan dadanya (ke arah negeri tujuan).”

(HR al-Bukhari dan Muslim)

Redhalah, Allah Mengetahui Yang Terbaik Buat Kita

Tadabbur Al-Quran Siri # 10

al baqarah 216

 

Tajuk: Redhalah dengan Ketentuan Allah Kerana Allah Lebih Mengetahui Mana Yang Lebih Baik Untuk Kita..

Al-Baqarah 2 : Ayat 216

Allah berfirman:

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 2:216)

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini dengan berkata:

وَهَذَا عَامّ فِي الْأُمُور كُلّهَا قَدْ يُحِبّ الْمَرْء شَيْئًا وَلَيْسَ لَهُ فِيهِ خِيَرَة وَلَا مَصْلَحَة وَمِنْ ذَلِكَ الْقُعُود عَنْ الْقِتَال قَدْ يَعْقُبهُ اِسْتِيلَاء الْعَدُوّ عَلَى الْبِلَاد وَالْحُكْم

“Dan ini meliputi segala hal yang bersifat umum. Boleh jadi seseorang menyukai sesuatu, sedangkan sesuatu itu tidak mendatangkan kebaikan dan kemaslahatan kepadanya. Contohnya adalah untuk menyukai tidak ikut berperang, sehingga akan mengakibatkan jatuhnya negeri dan pemerintahan ke tangan musuh.”

Berkenaan ayat ini: “Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”, Ibnu Kathir berkata:

أَيْ هُوَ أَعْلَم بِعَوَاقِب الْأُمُور مِنْكُمْ وَأَخْبَرَ بِمَا فِيهِ صَلَاحكُمْ فِي دُنْيَاكُمْ وَأُخْرَاكُمْ فَاسْتَجِيبُوا لَهُ وَانْقَادُوا لِأَمْرِهِ لَعَلَّكُمْ تَرْشُدُونَ

“Maksudnya adalah Dia lebih mengetahui akibat dari segala sesuatu, Dia mengkhabarkan bahawa di dalam peperangan itu terdapat kebaikan bagi kita di dunia mahupun diakhirat. Kerana itu, sambut dan bersegerelah untuk menunaikan perintah Allah supaya kalian mendapat petunjuk.”

(Tafsir Al-Quranul ‘Azhim, Ibnu Kathir, Al-Baqarah 2:216)

Rasulullah shallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ

“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kalian, dan janganlah kalian melihat orang yang lebih tinggi dari kalian, sesungguhnya hal itu lebih baik agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah.”

(Hadis Riwayat Imam Muslim no. 2963)

Bersabarlah, Kerana Baginya Pahala Tanpa Batasan

Tadabbur Al-Quran Siri # 9

az-zumar 10

Tajuk: Bersabarlah, Kerana Baginya Pahala Tanpa Batasan

Az-Zumar 39 : Ayat 10

Allah berfirman:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar 39 : 10)

Ganjaran Pahala Tanpa Batasan

Imam al-Auza’i berkata berkenaan ayat ini:

ليس يوزن لهم ولا يكال لهم إنما يغرف لهم غرفا

“Tidaklah dibuat timbangan dan takaran bagi mereka, melainkan dituangkan tanpa ukuran”

As-Suddi (seorang tab’in dan ulama’ tafsir) berkata: “(Ayat ini adalah berkenaan ganjaran) didalam Syurga”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, Az-Zumar 39 : 10)

Sulaiman bin al-Qosim berkomentar: “Semua amalan diketahui pahalanya kecuali sabar. Allah berfirman (yang ertinya): “… Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. As-Zumar: 10)

(‘Uddah ash-Shobirin wa Dzakhiroh asy-Syakirin,Ibn al-Qoyyim al-Jauziyyah)

Hadis Tentang Sabar

Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu ‘anhu mengabarkan bahwa orang-orang dari kalangan Anshar pernah meminta-minta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tidak ada seorang pun dari mereka yang meminta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melainkan beliau berikan, hingga habislah harta yang ada pada beliau. Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda kepada mereka ketika itu:

مَا يَكُونُ عِنْدِي مِنْ خَيْرٍ فَلَنْ أَدَّخِرَهُ عَنْكُمْ وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ وَمَنْ يَتَصَبَّرْ يُصَبِّرْهُ اللَّهُ وَمَا أُعْطِيَ أَحَدٌ عَطَاءً خَيْرًا وَأَوْسَعَ مِنْ الصَّبْرِ

 “Sudah tidak ada lagi yang akan kuberikan. Aku bukanlah bermaksud mengecilkan hati kalian. Barangsiapa yang berusaha menjaga kehormatan dirinya maka Allah akan menjaganya. Barangsiapa yang berusaha merasa cukup maka Allah akan memberinya kecukupan. Barangsiapa yang berusaha untuk sabar maka Allah akan jadikan ia menjadi orang yang sabar. Tidaklah seseorang diberi pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran”.

(HR al-Bukhari no. 6470 dan Muslim, no. 1053)

Definisi Sabar

Syeikh Muhammad bin Soleh Al ‘Usaimin rahimahullah berkata, “Sabar adalah meneguhkan diri dalam menjalankan ketaatan kepada Allah, menahannya dari perbuatan maksiat kepada Allah, serta menjaganya dari perasaan dan sikap marah dalam menghadapi takdir Allah….” (Syarh Tsalatsatul Ushul, hal. 24)

Ibn al-Qoyyim al-Jauziyyah berkata: “Sabar itu tidak dengan berusaha sabar, namun dengan menahan hati dari menolak takdir dan menahan lisan dari mengeluh. Maka barangsiapa berusaha sabar sedang hatinya tidak menerima takdir ,maka ia bukan orang yang sabar.” (‘Uddah ash-Shobirin wa Dzakhiroh asy-Syakirin,Ibn al-Qoyyim al-Jauziyyah)

Perkataan Salaf Berkenaan Sabar

Berkata Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu: “Kami mendapati keutamaan hidup dengan bersabar, kalau sabar itu adalah seorang lelaki maka tentulah dia sangat mulia.”

Ali bin Abi Tolib radhiyallahu ‘anhu pernah berkata: “Ketahuilah, bahawasanya (perumpamaan) sabar dengan iman seperti kepala dengan badan. Jika kepalanya terpotong maka binasalah badannya.”

Berkata al-Hasan: “Sabar adalah perbendaharaan syurga yang tidak diberikan Allah kecuali bagi hamba yang mulia di sisi-Nya.”

(‘Uddah ash-Shobirin wa Dzakhiroh asy-Syakirin,Ibn al-Qoyyim al-Jauziyyah)

Bersabarlah Dengan Ujian dari Allah

Tadabbur Al-Quran Siri # 8

ankabut 2

 

Tajuk: Bersabarlah dengan Ujian dari Allah, Kerana Setiap Ujian itu Tidak Lain Adalah Untuk Menguji Keimanan Kita. Semakin Kuat Imannya, maka Semakin Besarlah Ujian Allah Kepadanya.

Al-‘Ankabut 29: Ayat 2-3

Allah berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami telah Beriman?” sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan?” (Al-Ankabut 29 : 2)

Ibnu Kathir berkata tentang ayat ini:

ومعناه أن الله سبحانه و تعالى لا بد أن يبتلي عباده المؤمنين بحسب ما عندهم من الإيمان

“Maksud dari ayat ini adalah : bahawa Allah akan sentiasa memberi ujian kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, sesuai dengan kadar keimanan yang selama ini ia miliki”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, Al-‘Ankabut 29: Ayat 2)

Hal ini sebagaimana yang terdapat didalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَشَدُّ النَّاسِ بَلَاءً الْأَنْبِيَاءُ، ثُمَّ الصَّالِحُونَ، ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ، يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ، فَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ صَلَابَةٌ زِيدَ لَهُ فِي الْبَلَاء

“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang Soleh, kemudian diikuti oleh orang-orang yang mulia, dan disusuli oleh orang-orang yang mulia berikutnya. Seseorang hamba akan diuji sesuai kadar agamanya (keimanannya). Jika keimanannya kuat maka ujiannya juga akan semakin berat.”

(Sahih. HR At-Tirmidzi no 3298 dan Ahmad. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahihul Jami’ 992-994)

Allah berfirman:

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut 29 : 3)

Ibnu Kathir menafsirkan dengan berkata:

أي الذين صدقوا في دعوى الإيمان ممن هو كاذب في قوله ودعواه والله سبحانه و تعالى يعلم ما كان وما يكون وما لم يكن لو كان كيف يكون وهذا مجمع عليه عند أئمة السنة والجماعة

“Maksudnya: (Dengan ditimpakan ujian itu) nescaya Allah mengetahui orang-orang yang benar dalam pengakuan keimanannya dan orang yang berdusta dalam ucapan dan pengakuan keimanannya. Allah Maha Mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi, dan sekiranya terjadi (Allah juga Mengetahui) bagaimana kejadiannya. Ketetapan ilmu Allah seperti ini merupakan hal yang disepakati oleh para Ulama’ dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, Al-‘Ankabut 29: Ayat 3)

Allahua’lam.

Semakin Berilmu Tentang Allah Maka Semakin Takut Untuk Bermaksiat Kepada-Nya

Tadabbur Al-Quran Siri # 7

fathir 35-28

 

Tajuk: Hanya Ulama’ Yang Akan Benar-Benar Takut Kepada Allah, Kerana Semakin Berilmu Tentang Allah Maka Semakin Takut Bermaksiat Kepada-Nya

Ayat: Fathir 35 : 28

Allah berfirman:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya hanyalah Ulama’. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun” (Surah Fathir : 35 : 28)

Ibnu Kathir berkata:

أي إنما يخشاه حق خشيته العلماء العارفون به لأنه كلما كانت المعرفة للعظيم القدير العليم الموصوف بصفات الكمال المنعوت بالأسماء الحسنى كلما كانت المعرفة به أتم والعلم به أكمل كانت الخشية له أعظم وأكثر

“Iaitu, yang merasa takut kepada-Nya dengan sebenar-benar rasa takut hanyalah para Ulama’ yang memiliki pengetahuan tentang Dia. Ini adalah kerana, setiap kali bertambah pengetahuan tentang Dia Yang Maha Agong, Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui, maka semakin bertambah pula rasa takutnya. Setiap kali pengetahuan dan pemahamannya tentang Allah yang disifati dengan sifat-sifat sempurna dan diiringi dengan Nama-Nama yang baik (Asmaul Husna) lebih sempurna, maka rasa takut kepada-Nya menjadi lebih agong dan lebih sempurna pula”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, Fathir : 28)

‘Ali bin Abi Thalhah berkata, menuturkan perkataan dari Ibnu ‘Abbas berkaitan dengan firman Allah diatas, beliau berkata:

الذين يعلمون أن الله على كل شيء قدير

“Iaitu mereka yang mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu”

Juga dari Ibnu ‘Abbas, beliau berkata:

العالم بالرحمن من عباده من لم يشرك شيئا وأحل حلاله وحرم حرامه وحفظ وصيته وأيقن أنه ملاقيه ومحاسب بعمله

“Syarat bagi seseorang itu dikatakan Alim tentang Allah Yang Maha Pengasih diantara hamba-hamba-Nya adalah (1) Tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun (2) Menghalalkan apa yang Dia halalkan (3) Mengharamkan apa yang Dia haramkan (4) Menjaga dan memelihara tuntutan wasiat-Nya dan (5) Meyakini bahawa Dia akan menjumpainya dan menghisab amal perbuatannya”

Sa’id bin Jubair berkata:

الخشية هي التي تحول بينك وبين معصية الله عز وجل

“Perasaan takutlah yang menjadi penghalang antara dirimu dengan perbuatan maksiat kepada Allah”

Al-Hasan al-Basri berkata:

العالم من خشي الرحمن بالغيب ورغب فيما يرغب اللهفيه وزهد فيما سخط الله فيه ثم تلا الحسن « إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

“Ulama’ adalah orang yang takut kepada Allah Yang Maha Penyayang, walaupun dia tidak melihat-Nya. Dia menyukai apa yang disukai oleh Allah, dan menahan diri dari apa yang dimurkai oleh-Nya.” Kemudian al-Hasan al-Basri membaca ayat ini:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah diantara hamba-hamba-Nya hanyalah Ulama’. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun” (Surah Fathir : 35 : 28)

Sufyan ats-Tsauri meriwayatkan dari Ibnu Hayyan at-Taimi, dari seorang lelaki, dia berkata: “Dahulunya dikatakan bahawa Ulama’ itu terbahagi kepada tiga jenis:

  1. Orang yang alim tentang Allah dan juga alim tentang perintah-Nya, ialah orang yang takut kepada Allah dan mengetahui hudud (batasan-batasan) dan kewajipan-kewajipan.
  2. Orang yang alim tentang Allah tetapi tidak alim tentang perintah-Nya, ialah orang yang takut kepada Allah tetapi tidak mengetahui hudud (batasan-batasan) dan kewajipan.
  3. Orang yang alim tentang perintah Allah, tetapi tidak alim tentang Allah, ialah orang yang mengetahui hudud (batasan-batasan) dan kewajipan-kewajipan tetapi tidak takut kepada Allah.

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, Fathir : 28)

 

Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Mati

Tadabbur Al-Quran Siri # 6

ali imran 3-185

 

Tajuk: Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Mati, dan Selepas Matilah Maka Segala Amalan Akan Ditimbang Dengan Sempurna

Ayat: ali-Imran 3: ayat 185

Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

SETIAP JIWA PASTI MERASAKAN MATI

Berkenaan ayat diatas Ibnu Kathir berkata:

يخبر تعالى إخبارا عاما يعم جميع الخليقة بأن كل نفس ذائقة الموت كقوله تعالى « كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ  وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Allah mengkhabarkan kepada seluruh makhluk-Nya bahawa setiap jiwa akan merasakan mati. Sebagaimana Firman Allah subhanahu wa ta’ala:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ  وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Semua yang ada dibumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah-Rabbmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (Ar-Rahman 26-27)

Ibnu Kathir menyambung lagi tafsirnya dengan berkata:

فهو تعالى وحده الذي لا يموت والجن والإنس يموتون وكذلك الملائكة وحملة العرش وينفرد الواحد الأحد القهار بالديمومة والبقاء فيكون آخرا كما كان أولا وهذه الآية فيها تعزية لجميع الناس فإنه لا يبقى أحد على وجه الأرض حتى يموت فإذا أنقضت المدة وفرغت النطفة التي قدر الله وجودها من صلب آدم وأنتهت البرية أقام الله القيامة وجازى الخلائق بأعملاها جليلها وحقيرها قليلها وكثيرها كبيرها وصغيرها فلا يظلم أحدا مثقال ذرة ولهذا قال تعالى « وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Hanyalah Allah semata-mata Dzat yang Maha Hidup dan tidak akan pernah mati. Sedangkan jin dan manusia, semuanya akan mati. Begitu juga para Malaikat, termasuk para Malaikat pembawa ‘Arasy. Dan hanya Rabb yang Maha Esa dan Maha Perkasa yang akan tetap hidup selama-lamanya. Allahlah yang Akhir, sebagaimana Dia juga yang Awwal.

Dalam ayat ini terdapat Ta’ziyah bagi seluruh umat manusia, bahawa tidak ada seorang pun yang berada diatas muka bumi ini, melainkan dia akan mati. Jika waktu yang telah ditetapkan telah berakhir, dan nutfah (sperma) yang ditakdirkan oleh-Nya dari tulang Sulbi Adam telah habis, serta semua makhluk-Nya telah berakhir, maka Allah akan menjadikan Hari Kiamat.

Kemudian Dia akan membalas semua makhluk-Nya sesuai dengan amalnya, yang mulia mahupun yang hina, yang besar mahupun yang kecil, sehingga tidak ada seorangpun yang didzalimi-Nya. walaupun hanya sebesar biji sawi. Kerana itulah Allah berfirman:

وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Dan sesungguhnya pada Hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, ali-Imran 3: 185)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَكْثِرُوْا ذِكْرَ هَاذمِ اللَّذَّاتِ

“Perbanyaklah kalian mengingat pemutus kelezatan (iaitu kematian).”

(HR Tirmidzi no. 2307, An-Nasai no. 1824, Ibnu Majah no. 4258. al-Albani berkata hadis “Hasan Sahih”)

Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma menceritakan, “Aku sedang duduk-duduk bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian datang seorang lelaki dari kalangan Anshar. Ia mengucapkan salam kepada Rasulullah, lalu berkata, ‘Ya Rasulullah, mukmin manakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.’

‘Mukmin manakah yang paling cerdas?’, tanya lelaki itu lagi. Beliau menjawab:

أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ أَكْيَاسٌ

“Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas.” (HR Ibnu Majah no. 4259, dihasankan oleh Al-Albani)

SIAPAKAH ORANG YANG MENDAPAT KEJAYAAN SEBENAR?

Pada firman Allah ini:

فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ

“Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

Ibnu Kathir berkata:

أي من جنب النار ونجا منها وأدخل الجنة فقد فاز كل الفوز

“Iaitu barangsiapa yang dihindarkan dan selamat dari Neraka, kemudian dimasukkan ke dalam Syurga, maka dia benar-benar mendapat kejayaan”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, ali-Imran 3: 185)

Ibnu Abi Hati meriwayatkan dari Abu Hurairah, dia menyebutkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَوْضِعُ سَوْطٍ فِي الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، اقْرَأُوا إِنْ شِئْتُمْ، فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ

“Tempat merotan yang ada didalam Syurga, lebih baik dari dunia dan seisinya. Bacalah kalian jika kalian menghendaki, “Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya” (HR al-Bukhari no. 2892)

HAKIKAT SEBENAR KEHIDUPAN DUNIA

Dan firman Allah:

وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

Ibnu Kathir berkata:

تصغير لشأن الدنيا وتحقير لأمرها وأنها دنيئة فانية قليلة زائلة كما قال تعالى « بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا  وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى » وقال « وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلَا تَعْقِلُونَ

“Hal ini dimaksudkan untuk mengecilkan nilai dunia serta menghinakannya. Dunia juga bersifat fana dan sebentar serta akan binasa. Allah telah berfirman:

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى

“Tetapi kamu lebih mengutamakan kehidupan Dunia. Sedangkan kehidupan Akhirat itu baik dan lebih kekal” (al-A’laa 16-17)

Juga firman Allah ta’ata:

وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى

“Dan apa sahaja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya, sedangkan apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal” (al-Qashah 60)

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, ali-Imran 3: 185)

Dan disebutkan didalam sebuah hadis:

وَاللهِ مَا الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا كَمَا يَغْمِسُ أَحَدُكُمْ أُصْبُعَهُ فِي الْيَمِّ، فَلْيَنْظُرْ بِمَ تَرْجِعُ إِلَيْه

“Demi Allah, perbandingan kehidupan Dunia dengan kehidupan Akhirat, adalah seperti salah seorang dari kalian memasukkan jarinya ke lautan yang luas, maka lihatlah berapa air yang akan kembali kepadanya (yang dapat dia ambil)” (HR Muslim no. 2858)

Berkenaan ayat 138 surah Ali Imran ini, Qatadah berkata:

هي متاع متروكة أوشكت والله الذي لا إله إلا هو أن تضمحل عن أهلها فخذوا من هذا المتاع طاعة الله إن أستطعتم ولا قوة إلا بالله وقوله تعالى

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan, iaitu kesenangan yang pasti ditinggalkan. Demi Allah, yang tiada Ilah berhak disembah melainkan Dia, dunia itu hampir lenyap dari pemiliknya, maka ambillah dari kesenangan itu untuk melakukan keta’atan kepada Allah semampu kalian. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah” (Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, ali-Imran 3: 185)

Jangan Berkata-Kata Tanpa Ilmu

Tadabbur Al-Quran Siri # 5

al-isra' 17-36

Tajuk: Jangan Berkata-Kata Tanpa Ilmu, Kerana Setiap Anggota Badan Kita Akan Diminta Untuk Bertanggungjawab Terhadapnya

Ayat: al-Isra’ 17: ayat 36

Allah berfirman:

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya ” (al-Isra’ 17: ayat 36)

Jangan Berbicara Tanpa Ilmu

‘Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas radiyallahu anhu berkata berkenaan “وَلاَ تَقْفُ”, iaitu maksudnya: “Jangan kamu mengatakan”

Berkenaan ayat diatas, Al-Aufi berkata maksudnya: “Dan jangan kamu menuduh seseorang yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya”

Muhammad Ibnul Hanafiyyah pula berkata: “Maksudnya adalah larangan memberikan kesaksian palsu”

Qatadah berkata bahawa maksudnya:

لا تقل رأيت ولم تر وسمعت ولم تسمع وعلمت ولم تعلم فإن الله تعالى سائلك عن ذلك كله

“Janganlah kamu mengatakan bahawa aku melihat sedangkan kamu tidak melihat, aku mendengar sedangkan kamu tidak mendengar, aku mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya. Kerana sesungguhnya Allah akan bertanya semua itu kepadamu”

Ibnu Kathir pula berkomentar berkenaan ayat ini, beliau mengatakan:

ومضمون ما ذكروه أن الله تعالى نهى عن القول بلا علم بل بالظن الذي هو التوهم والخيال كما قال تعالى « اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

“Kesimpulan dari apa yang mereka sebutkan diatas, bahawa sesungguhnya Allah melarang mengatakan sesuatu dengan tanpa ilmu, bahkan berdasarkan persangkaan, yang ianya hanya dari agakan dan khayalan, seperti firman Allah:

اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

“Jauhilah kebanyakkan dari persangkaan, sesungguhnya sebahagiaan persangkaan itu adalah dosa” (al-Hujuraat 49:12)

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, al-Isra’ 17: 36)

Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا

“Jauhilah prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah ucapan yang paling dusta, dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan, dan janganlah kalian saling menghendap-hendap, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling membelakangi, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (HR al-Bukhari)

Disebutkan didalam Sunan Abi Dawud, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

بِئْسَ مَطِيَّةُ الرَّجُلِ: زَعَمُوا

“Seburuk-buruk kenderaan yang ditunggangi seseorang adalah apabila berkata: “Mereka menyangka” (Sahih. HR Abu Dawud, lihat Sahihul Jami’ no 2846)

Disebuah hadis lain disebutkan bahawa, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ أَفْرَى الْفِرَى أَنْ يُرِيَ الرَّجُلُ عَيْنَيْهِ مَا لَمْ تَرَيَا

“Sesungguhnya perbuatan menga-adakan yang paling dusta, adalah ketika seseorang mengaku melihat sesuatu dengan kedua matanya, sedangkan ia tidak melihatnya” (HR al-Bukhari no. 7043)

Begitu juga disebutkan didalam Sahih Bukhari, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ تَحَلَّمَ حُلْمًا كُلِّفَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنْ يَعْقِدَ بَيْنَ شَعِيرَتَيْنِ وَلَيْسَ بِفَاعِل

“Barangsiapa yang mengaku bermimpi, sedangkan ia tidak bermimpi, maka di hari Kiamat dia akan disuruh untuk mengikat satu biji gandum dengan satu biji gandum yang lain, dan dia tidak dapat melakukannya” (HR al-Bukhari no. 7042)

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini “كُلُّ أُولـئِكَ” (semuanya itu) didalam ayat diatas, dengan berkata: “Iaitu pendengaran, penglihatan dan hati”

Beliau juga menafsirkan ayat ini “كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً” (akan diminta pertanggung jawabnya), beliau berkata: “Maksudnya adalah setiap hamba akan ditanya pada hari Kiamat tentang tiga nikmat itu, untuk apa semuanya dipergunakan.

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, al-Isra’ 17: 36)

Berdoalah, Pasti Allah Akan Kabulkan

Tadabbur Al-Quran Siri # 4

al-mukmin 40-60

Tajuk: Berdoalah, Pasti Allah Akan Kabulkan dan Janganlah Menjadi Orang Yang Sombong

Ayat: al-Mu’min 40: ayat ke 60

Allah berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Rabb-mu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (al-Mu’min 40: ayat 60)

Perintah Untuk Berdoa

Ibnu Kathir berkata:

هذا من فضله تبارك وتعالى وكرمه أنه ندب عباده إلى دعائه وتكفل لهم بالإجابة كما كان سفيان الثوري يقول يامن أحب عباده إليه من سأله فأكثر سؤاله ويا من أبغض عباده إليه من لم يسأله وليس أحد كذلك غيرك يا رب

“Ini merupakan anugerah dan kurnia Allah tabaraka wa ta’ala. Dia menganjurkan hamba-hamba-Nya untuk berdoa, dan Dia juga yang menjamin terkabulnya doa tersebut. Sebagaimana yang diucapkan oleh Sufyan ats-Tsauri, “Wahai Dzat yang lebih mencintai hamba-hambaNya yang meminta dan memperbanyak permintaan kepadaNya. Wahai Dzat yang lebih membenci hamba-hambaNya yang tidak meminta kepadaNya. Dan tidak ada selain Engkau yang demikian wahai Rabb”

Senada dengan makna ini, seorang penyair berkata:

لله يغضب إن تركت سؤاله وبني آدم حين يسأل يغضب

“Allah benci apabila engkau meninggalkan permohonan kepada-Nya, sedangkan anak Adam (manusia) benci apabila diminta kepadanya”

Qatadah berkata, bahawa Ka’bul Ahbar berkata:

أعطيت هذه الأمة ثلاثا لم تعطهن أمة قبلها إلا نبي كان إذا أرسل الله نبيا قال له أنت شاهد على أمتك وجعلكم شهداء على الناس وكان يقال له ليس عليك في الدين من حرج وقال لهذه الأمة « وما جعل عليكم في الدين من حرج » وكان يقال له ادعني أستجب لك وقال لهذه الأمة « ادعوني أستجب لكم » رواه ابن أبي حاتم

 “Diberikan kepada umat ini tiga keutamaan, yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, kecuali kepada Nabi (mereka sahaja):

1. Ketika Allah mengutus seorang Nabi, dikatakan kepadanya, “Aku jadikan engkau sebagai saksi atas umatmu”. Sedangkan kepada umat ini Allah berfirman: “Dan aku jadikan kalian (wahai umat Islam) sebagai saksi atas umat manusia”

2. Dikatakan kepada Nabi tersebut, “Tidak ada kesempitan bagimu didalam agama”, sedang kepada umat ini dikatakan:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

“Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu sekalian (wahai umat Islam) kesempitan didalam agama” (Al-Hajj 22: 78)

3. Dikatakan kepada Nabi tersebut, “Berdo’alah kepada-Ku, nescaya Aku akan penuhi do’amu itu”. Sedangkan kepada umat ini dikatakan:

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdo’alah kalian kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan untuk kalian” (al-Mu’min 40: 60) Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim.”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, al-Mu’min 40 : 60)

Doa Adalah Ibadah

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari an-Nu’man bin Basyir radiyallahu anhu, dia mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الدُّعَاءَ هُوَ الْعِبَادَة

“Sesungguhnya doa itu adalah ibadah”

Kemudian beliau membaca ayat:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Rabb-mu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (al-Mu’min 40: ayat 60) (HR at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir. at-Tirmidzi berkata: “Hadis ini hasan sahih”)

Orang Yang Tidak Berdoa Adalah Orang Yang Sombong

Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي

“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku”. Ibnu Kathir berkata: “iaitu maksudnya enggan berdo’a kepada-Ku dan enggan Mentauhidkan-Ku”

Firman Allah:

سيدخلون جهنم داخرين

“akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” Ibnu Kathir berkata: “iaitu maksudnya dalam keadaan nista dan tercela”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, al-Mu’min 40 : 60)

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda:

يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ النَّاسِ، يَعْلُوهُمْ كُلُّ شَيْءٍ مِنَ الصَّغَارِ، حَتْى يَدْخُلُوا سِجْنًا فِي جَهَنَّمَ يُقَالُ لَهُ: بُولَسُ، تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأنْيَارِ، يُسْقَوْنَ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ، عُصَارَةِ أَهْلِ النَّار

“Orang-orang yang menyombongkan diri akan dikumpulkan pada Hari Kiamat, seperti semut kecil dalam gambaran manusia, yang mana mereka ditimpa kehinaan (disetiap keadaan). Hingga mereka masuk ke penjara di Neraka Jahannam yang bernama Bulas dan mereka diliputi oleh segala jenis api. Mereka diberi minum dengan Thiinatul Khabaal, iaitu cairan nanah penghuni Neraka” (HR Ahmad, Hadis Hasan; lihat Sahihul Jami’ no. 8040)

Apabila Berselisih, Kembalikan Kepada Al-Quran dan as-Sunnah

Tadabbur Al-Quran Siri # 3

an-nisa 4-59

Tajuk: Apabila Berselisih Dalam Hal Agama, Wajib Mengembalikan Hukumnya Kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Ayat: an-Nisa 4: ayat ke 59

Allah berfirman:

فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً…..

“…Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (iaitu al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Kiamat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik kesudahannya” (an-Nisa 4: ayat ke 59)

Setiap Perselisihan Dalam Agama, Kembalikan Kepada al-Quran dan Sunnah Nabi

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini dengan berkata:

قال مجاهد وغير واحد من السلف أي إلى كتاب الله وسنة رسوله وهذا أمر من الله عز وجل بأن كل شيء تنازع الناس فيه من أصول الدين وفروعه أن يرد التنازع في ذلك إلى الكتاب والسنة كما قال تعالى « وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ

“Berkata Mujahid dan ramai ulama’ Salaf lain, bahawa maksudnya (untuk mengembalikan kepada Allah dan Rasul adalah) kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Ini adalah perintah dari Allah Azza wa Jalla, bahawa segala perkara yang diperselisihkan oleh manusia, yang berkaitan dengan ushul dan furu’ agama wajib dikembalikan kepada al-Qur`an dan sunnah. Sebagaimana firman Allah,

‎وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ

“Tentang sesuatu apa pun yang kamu perselisihkan maka keputusannya terserah kepada Allah.” (Asy-Syura: 10). (Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, An-Nisa’ : 59)

Berkenaan ayat ini Syeikh Abdur Rahman Nasir As-Saadi rahimahullah menjelaskan:

ثم أمر برد كل ما تنازع الناس فيه من أصول الدين وفروعه إلى الله وإلى الرسول أي: إلى كتاب الله وسنة رسوله

“Kemudian Allah memerintahkan untuk mengembalikan setiap apa yang diperselisihkan oleh manusia padanya dari pokok agama, dan cabang-cabangnya kepada Allah dan kepada RasulNya iaitu kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya.”

فإن فيهما الفصل في جميع المسائل الخلافية، إما بصريحهما أو عمومهما؛ أو إيماء، أو تنبيه، أو مفهوم، أو عموم معنى يقاس عليه ما أشبهه، لأن كتاب الله وسنة رسوله عليهما بناء الدين، ولا يستقيم الإيمان إلا بهما

“Kerana sesungguhnya pada keduanya (Kitabullah dan Sunnah) terdapat pemisah (penyelesaian) terhadap seluruh permasalahan khilafiah, sama ada tentang kejelasannya atau keumumannya; perhatian, kefahaman, atau keumuman makna yang diqiaskan ke atasnya atau yang seumpama dengannya. Ini kerana agama ini dibina di atas kitabullah dan sunnah rasulNya, dan tidaklah menjadi lurus (benar) keimanan itu melainkan dengan kedua-duanya.” (Taisir al-Karimir Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, oleh As-Sa’di, An-Nisa’ : 59)

Al-Imam as-Suyuthi berkata:

“Kemudian Al-Baihaqi mengeluarkan suatu riwayat dengan sanadnya dari Maimun bin Marhan tentang firman Allah (diatas). Maksud فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ “mengembalikan kepada Allah” dalam ayat ini adalah mengembalikan kepada kitab-Nya iaitu Al-Qur’an, sedangkan mengembalikan kepada Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, jika beliau telah wafat “adalah kembali kepada Sunnah beliau” [Miftahul Jannah fii-Ihtijaj bi As-Sunnah (edisi Indonesia); hal. 36-46; dinukil dari almanhaj.or.id]

Kata شَىْءٍ (sesuatu) di ayat ini bentuk nakirah dalam konteks syarth (syarat), sehingga meliputi seluruh perselisihan sama ada dalam ushul (urusan pokok) ataupun furu’ (urusan cabang). Tafsir ini sebagaimana diungkapkan oleh Al-‘Allamah Muhammad Al-Amin Asy-Syinqithy. [Adhwa’ul Bayan (1/ 333); dinukil dari almanhaj.or.id]

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

“Kemudian Allah memerintahkan orang-orang beriman agar mengembalikan permasalahan yang mereka perselisihkan kepada Allah dan RasulNya, jika mereka benar-benar orang-orang yang beriman. Dan Allah memberitahu mereka, bahawa hal itu lebih utama sama ada bagi mereka di dunia ini, dan lebih baik akibatnya di akhirnya. Hal ini mengandungi beberapa perkara.

Pertama : Orang-orang yang beriman kadang kala juga berselisih pada sebahagian hukum-hukum.

Perselisihan pada sebahagian hukum tidak mengakibatkan mereka keluar dari keimanan (tidak kufur), jika mereka mengembalikan masalah yang mereka perselisihkan kepada Allah dan RasulNya, sebagaimana yang Allah syaratkan. Dan tidak diragukan lagi, bahwa satu ketetapan hukum yang diterikat dengan satu syarat, maka ketetapan itu akan hilang jika syaratnya tidak ada.

Kedua : Firman Allah “Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu”,

Maksudnya merangkumi seluruh masalah yang diperselisihkan oleh orang-orang yang beriman, berupa masalah agama, sama ada kecil atau yang besar, yang terang atau yang samar.

Ketiga : Manusia telah sepakat bahawa mengembalikan kepada Allah

Maksudnya mengembalikan kepada kitabNya. (Dan) mengembalikan kepada RasulNya adalah mengembalikan kepada diri baginda pada waktu hayatnya dan kepada Sunnahnya setelah wafatnya.

Keempat : Allah menjadikan “mengembalikan apa yang mereka perselisihkan kepada kepada Allah dan RasulNya” termasuk tuntutan dan akibat iman. Sehingga jika itu tidak ada, imanpun hilang.” (Diringkas dari I’lamul Muwaqqi’in (2/47-48), Penerbit Darul Hadis, Cairo, Thn. 1422 H / 2002 H; almanhaj.or.id)

Tidak Beriman Orang Yang Berselisih, Lalu Tidak Mengembalikan Kepada al-Quran dan as-Sunnah

Ibnu Kathir berkata lagi berkenaan ayat ini:

إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ

“Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.’

فدل على أن من لم يتحاكم في محل النزاع إلى الكتاب والسنة ولا يرجع إليهما في ذلك فليس مؤمنا بالله ولا باليوم الأخر

“Maksudnya: Ini menunjukkan bahawa siapa yang tidak berhukum kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam persoalan yang diperselisihkan, serta tidak merujuk kepada keduanya dalam hal itu maka dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.” (Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, An-Nisa’ : 59)

Kembali Kepada al-Quran dan as-Sunnah Adalah Keselamatan

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‎‎‎تَرَكْتُ فِيْكُمْ شَيْئَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدَهُمَا كِتَابُ اللهِ وَسُنَّتِيْ

“Aku tinggalkan pada kalian dua perkara, yang kalian tidak akan sesat selepas berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitabullah dan Sunnahku.” (HR. Malik dan Al-Hakim dan dihasankan oleh Syeikh Al-Albani)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

‎‎‎فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى بَعْدِي اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

“Sungguh barangsiapa yang hidup di antara kalian akan melihat perselisihan yang banyak. (Maka) berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa-ur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan gigi geraham. Hindarilah kalian hal-hal yang baru, sesungguhnya setiap hal yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah ada sesat.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, at-Tirmidzi, ad-Darimi, al-Baghawi dalam kitabnya Syarhus Sunnah (I/205), al-Hakim (I/95), disahihkan dan disepakati oleh Imam adz-Dzahabi, al-Albani juga mensahihkan hadis ini)