Redhalah, Allah Mengetahui Yang Terbaik Buat Kita

Tadabbur Al-Quran Siri # 10

al baqarah 216

 

Tajuk: Redhalah dengan Ketentuan Allah Kerana Allah Lebih Mengetahui Mana Yang Lebih Baik Untuk Kita..

Al-Baqarah 2 : Ayat 216

Allah berfirman:

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 2:216)

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini dengan berkata:

وَهَذَا عَامّ فِي الْأُمُور كُلّهَا قَدْ يُحِبّ الْمَرْء شَيْئًا وَلَيْسَ لَهُ فِيهِ خِيَرَة وَلَا مَصْلَحَة وَمِنْ ذَلِكَ الْقُعُود عَنْ الْقِتَال قَدْ يَعْقُبهُ اِسْتِيلَاء الْعَدُوّ عَلَى الْبِلَاد وَالْحُكْم

“Dan ini meliputi segala hal yang bersifat umum. Boleh jadi seseorang menyukai sesuatu, sedangkan sesuatu itu tidak mendatangkan kebaikan dan kemaslahatan kepadanya. Contohnya adalah untuk menyukai tidak ikut berperang, sehingga akan mengakibatkan jatuhnya negeri dan pemerintahan ke tangan musuh.”

Berkenaan ayat ini: “Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”, Ibnu Kathir berkata:

أَيْ هُوَ أَعْلَم بِعَوَاقِب الْأُمُور مِنْكُمْ وَأَخْبَرَ بِمَا فِيهِ صَلَاحكُمْ فِي دُنْيَاكُمْ وَأُخْرَاكُمْ فَاسْتَجِيبُوا لَهُ وَانْقَادُوا لِأَمْرِهِ لَعَلَّكُمْ تَرْشُدُونَ

“Maksudnya adalah Dia lebih mengetahui akibat dari segala sesuatu, Dia mengkhabarkan bahawa di dalam peperangan itu terdapat kebaikan bagi kita di dunia mahupun diakhirat. Kerana itu, sambut dan bersegerelah untuk menunaikan perintah Allah supaya kalian mendapat petunjuk.”

(Tafsir Al-Quranul ‘Azhim, Ibnu Kathir, Al-Baqarah 2:216)

Rasulullah shallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ

“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kalian, dan janganlah kalian melihat orang yang lebih tinggi dari kalian, sesungguhnya hal itu lebih baik agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah.”

(Hadis Riwayat Imam Muslim no. 2963)