Jauhi Amalan Syirik, Kerana Ia Menghapuskan Semua Pahala Amalan Kita

Tadabbur Al-Quran Siri # 12

zumar 65

 

Tajuk: Jauhi Amalan Syirik, Kerana Ia Menghapuskan Semua Pahala Amalan Kita

Az-Zumar 39: Ayat 65

Allah berfirman:

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. “Jika kamu mensyirikkan (Allah), nescaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang rugi.”.” (Az-Zumar 39: 53)

Tafsir ayat secara Umum

Imam Ath Thabari rahimahullah menafsirkan: “maksudnya, jika engkau berbuat syirik terhadap Allah wahai Muhammad, maka akan terhapus amalanmu. Dan engkau tidak akan mendapatkan pahala, juga tidak mendapatkan balasan, kecuali balasan yang layak dan sesuai bagi orang yang berbuat syirik kepada Allah”

(Tafsir Ath Thabari, 21/322).

Sebab Turun Ayat

Ibnu Kathir berkata: “para salaf menyebutkan sebab turunnya ayat ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan lainnya, dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu’anhu: bahawasanya kaum Musyrikin dengan kejahilan mereka, mengajak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk beribadah kepada sesembahan mereka bersama mereka”

(Tafsir Ibnu Katsir, 7/113).

Rugi yang dimaksudkan adalah Rugi Dunia dan Akhirat.

Berkenaan ayat ini: “dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi”, Syeikh Abdul Rahman Nasir As Sa’di rahimahullah berkata: “maksudnya adalah rugi di dunia dan di akhirat”

(Taisir Karimirrahman, 729)

Hadis-Hadis Berkenaan Syirik Adalah Dosa Yang Paling Besar

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ قُلْنَا: بَلَى يَا رَسُوْلَ اللَّهِ قَالَ: اْلإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوْقُ الْوَالِدَيْنِ

Mahukah aku tunjukkan kepada kalian dosa-dosa yang paling besar? Kami menjawab, “Bahkan ingin wahai Rasulullah”, Baginda menjawab: “(Dosa-dosa yang paling besar itu adalah) mensyirikkan Allah dan derhaka kepada kedua orang tua” (HR. al Bukhari dan Muslim)

‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu bertanya kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam:

أَيُّ الذَّنْبِ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ قَالَ أَنْ تَجْعَلَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ قَالَ قُلْتُ لَهُ إِنَّ ذَلِكَ لَعَظِيمٌ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تَقْتُلَ وَلَدَكَ مَخَافَةَ أَنْ يَطْعَمَ مَعَكَ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ أَنْ تُزَانِيَ حَلِيلَةَ جَارِكَ

Dosa apakah yg paling besar di sisi Allah? Rasulullah menjawab: Kamu membuat tandingan bagi Allah (syirik), sedangkan Dialah yg menciptakanmu.  Aku berkata, Sesungguhnya dosa demikian memang besar. Kemudian apa lagi? Beliau bersabda: Kemudian kamu membunuh anakmu kerana khawatir dia makan bersamamu. Aku bertanya lagi, Kemudian apa lagi? Rasulullah bersabda: Kamu berzina dgn isteri tetanggamu” (HR. Muslim no.124)

Salah Satu Dosa Syirik dalah Riya’

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ . قَالُوا : وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : الرِّيَاءُ

“Sesungguhnya sesuatu yang paling aku takutkan atas kalian adalah syirik kecil. Mereka (para Sahabat) bertanya : Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah?. Beliau menjawab : Riya`” (Sahih. HR. Imam Ahmad)

Doa Agar Terhindar Dari Dosa Syirik.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan kepadaMu, sedang aku mengetahuinya dan aku memohon keampunan terhadap apa yang tidak aku ketahui.”

(Sahih. HR. Ahmad, lihat Sahihul Jami’ 3/233, dan Shahihut Targhrib wat Tarhib oleh Al-Albani 1/19.)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s