Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Mati

Tadabbur Al-Quran Siri # 6

ali imran 3-185

 

Tajuk: Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Mati, dan Selepas Matilah Maka Segala Amalan Akan Ditimbang Dengan Sempurna

Ayat: ali-Imran 3: ayat 185

Allah berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

SETIAP JIWA PASTI MERASAKAN MATI

Berkenaan ayat diatas Ibnu Kathir berkata:

يخبر تعالى إخبارا عاما يعم جميع الخليقة بأن كل نفس ذائقة الموت كقوله تعالى « كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ  وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Allah mengkhabarkan kepada seluruh makhluk-Nya bahawa setiap jiwa akan merasakan mati. Sebagaimana Firman Allah subhanahu wa ta’ala:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ  وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

“Semua yang ada dibumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Wajah-Rabbmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan” (Ar-Rahman 26-27)

Ibnu Kathir menyambung lagi tafsirnya dengan berkata:

فهو تعالى وحده الذي لا يموت والجن والإنس يموتون وكذلك الملائكة وحملة العرش وينفرد الواحد الأحد القهار بالديمومة والبقاء فيكون آخرا كما كان أولا وهذه الآية فيها تعزية لجميع الناس فإنه لا يبقى أحد على وجه الأرض حتى يموت فإذا أنقضت المدة وفرغت النطفة التي قدر الله وجودها من صلب آدم وأنتهت البرية أقام الله القيامة وجازى الخلائق بأعملاها جليلها وحقيرها قليلها وكثيرها كبيرها وصغيرها فلا يظلم أحدا مثقال ذرة ولهذا قال تعالى « وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Hanyalah Allah semata-mata Dzat yang Maha Hidup dan tidak akan pernah mati. Sedangkan jin dan manusia, semuanya akan mati. Begitu juga para Malaikat, termasuk para Malaikat pembawa ‘Arasy. Dan hanya Rabb yang Maha Esa dan Maha Perkasa yang akan tetap hidup selama-lamanya. Allahlah yang Akhir, sebagaimana Dia juga yang Awwal.

Dalam ayat ini terdapat Ta’ziyah bagi seluruh umat manusia, bahawa tidak ada seorang pun yang berada diatas muka bumi ini, melainkan dia akan mati. Jika waktu yang telah ditetapkan telah berakhir, dan nutfah (sperma) yang ditakdirkan oleh-Nya dari tulang Sulbi Adam telah habis, serta semua makhluk-Nya telah berakhir, maka Allah akan menjadikan Hari Kiamat.

Kemudian Dia akan membalas semua makhluk-Nya sesuai dengan amalnya, yang mulia mahupun yang hina, yang besar mahupun yang kecil, sehingga tidak ada seorangpun yang didzalimi-Nya. walaupun hanya sebesar biji sawi. Kerana itulah Allah berfirman:

وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Dan sesungguhnya pada Hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, ali-Imran 3: 185)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَكْثِرُوْا ذِكْرَ هَاذمِ اللَّذَّاتِ

“Perbanyaklah kalian mengingat pemutus kelezatan (iaitu kematian).”

(HR Tirmidzi no. 2307, An-Nasai no. 1824, Ibnu Majah no. 4258. al-Albani berkata hadis “Hasan Sahih”)

Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma menceritakan, “Aku sedang duduk-duduk bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian datang seorang lelaki dari kalangan Anshar. Ia mengucapkan salam kepada Rasulullah, lalu berkata, ‘Ya Rasulullah, mukmin manakah yang paling utama?’ Beliau menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya di antara mereka.’

‘Mukmin manakah yang paling cerdas?’, tanya lelaki itu lagi. Beliau menjawab:

أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا، أُولَئِكَ أَكْيَاسٌ

“Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdas.” (HR Ibnu Majah no. 4259, dihasankan oleh Al-Albani)

SIAPAKAH ORANG YANG MENDAPAT KEJAYAAN SEBENAR?

Pada firman Allah ini:

فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ

“Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

Ibnu Kathir berkata:

أي من جنب النار ونجا منها وأدخل الجنة فقد فاز كل الفوز

“Iaitu barangsiapa yang dihindarkan dan selamat dari Neraka, kemudian dimasukkan ke dalam Syurga, maka dia benar-benar mendapat kejayaan”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, ali-Imran 3: 185)

Ibnu Abi Hati meriwayatkan dari Abu Hurairah, dia menyebutkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَوْضِعُ سَوْطٍ فِي الْجَنَّةِ خَيْرٌ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا، اقْرَأُوا إِنْ شِئْتُمْ، فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ

“Tempat merotan yang ada didalam Syurga, lebih baik dari dunia dan seisinya. Bacalah kalian jika kalian menghendaki, “Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya” (HR al-Bukhari no. 2892)

HAKIKAT SEBENAR KEHIDUPAN DUNIA

Dan firman Allah:

وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

“Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

Ibnu Kathir berkata:

تصغير لشأن الدنيا وتحقير لأمرها وأنها دنيئة فانية قليلة زائلة كما قال تعالى « بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا  وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى » وقال « وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى أَفَلَا تَعْقِلُونَ

“Hal ini dimaksudkan untuk mengecilkan nilai dunia serta menghinakannya. Dunia juga bersifat fana dan sebentar serta akan binasa. Allah telah berfirman:

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى

“Tetapi kamu lebih mengutamakan kehidupan Dunia. Sedangkan kehidupan Akhirat itu baik dan lebih kekal” (al-A’laa 16-17)

Juga firman Allah ta’ata:

وَمَا أُوتِيتُم مِّن شَيْءٍ فَمَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَزِينَتُهَا وَمَا عِندَ اللَّهِ خَيْرٌ وَأَبْقَى

“Dan apa sahaja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya, sedangkan apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal” (al-Qashah 60)

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, ali-Imran 3: 185)

Dan disebutkan didalam sebuah hadis:

وَاللهِ مَا الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا كَمَا يَغْمِسُ أَحَدُكُمْ أُصْبُعَهُ فِي الْيَمِّ، فَلْيَنْظُرْ بِمَ تَرْجِعُ إِلَيْه

“Demi Allah, perbandingan kehidupan Dunia dengan kehidupan Akhirat, adalah seperti salah seorang dari kalian memasukkan jarinya ke lautan yang luas, maka lihatlah berapa air yang akan kembali kepadanya (yang dapat dia ambil)” (HR Muslim no. 2858)

Berkenaan ayat 138 surah Ali Imran ini, Qatadah berkata:

هي متاع متروكة أوشكت والله الذي لا إله إلا هو أن تضمحل عن أهلها فخذوا من هذا المتاع طاعة الله إن أستطعتم ولا قوة إلا بالله وقوله تعالى

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan, iaitu kesenangan yang pasti ditinggalkan. Demi Allah, yang tiada Ilah berhak disembah melainkan Dia, dunia itu hampir lenyap dari pemiliknya, maka ambillah dari kesenangan itu untuk melakukan keta’atan kepada Allah semampu kalian. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah” (Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, ali-Imran 3: 185)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s