Berdoalah, Pasti Allah Akan Kabulkan

Tadabbur Al-Quran Siri # 4

al-mukmin 40-60

Tajuk: Berdoalah, Pasti Allah Akan Kabulkan dan Janganlah Menjadi Orang Yang Sombong

Ayat: al-Mu’min 40: ayat ke 60

Allah berfirman:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Rabb-mu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (al-Mu’min 40: ayat 60)

Perintah Untuk Berdoa

Ibnu Kathir berkata:

هذا من فضله تبارك وتعالى وكرمه أنه ندب عباده إلى دعائه وتكفل لهم بالإجابة كما كان سفيان الثوري يقول يامن أحب عباده إليه من سأله فأكثر سؤاله ويا من أبغض عباده إليه من لم يسأله وليس أحد كذلك غيرك يا رب

“Ini merupakan anugerah dan kurnia Allah tabaraka wa ta’ala. Dia menganjurkan hamba-hamba-Nya untuk berdoa, dan Dia juga yang menjamin terkabulnya doa tersebut. Sebagaimana yang diucapkan oleh Sufyan ats-Tsauri, “Wahai Dzat yang lebih mencintai hamba-hambaNya yang meminta dan memperbanyak permintaan kepadaNya. Wahai Dzat yang lebih membenci hamba-hambaNya yang tidak meminta kepadaNya. Dan tidak ada selain Engkau yang demikian wahai Rabb”

Senada dengan makna ini, seorang penyair berkata:

لله يغضب إن تركت سؤاله وبني آدم حين يسأل يغضب

“Allah benci apabila engkau meninggalkan permohonan kepada-Nya, sedangkan anak Adam (manusia) benci apabila diminta kepadanya”

Qatadah berkata, bahawa Ka’bul Ahbar berkata:

أعطيت هذه الأمة ثلاثا لم تعطهن أمة قبلها إلا نبي كان إذا أرسل الله نبيا قال له أنت شاهد على أمتك وجعلكم شهداء على الناس وكان يقال له ليس عليك في الدين من حرج وقال لهذه الأمة « وما جعل عليكم في الدين من حرج » وكان يقال له ادعني أستجب لك وقال لهذه الأمة « ادعوني أستجب لكم » رواه ابن أبي حاتم

 “Diberikan kepada umat ini tiga keutamaan, yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya, kecuali kepada Nabi (mereka sahaja):

1. Ketika Allah mengutus seorang Nabi, dikatakan kepadanya, “Aku jadikan engkau sebagai saksi atas umatmu”. Sedangkan kepada umat ini Allah berfirman: “Dan aku jadikan kalian (wahai umat Islam) sebagai saksi atas umat manusia”

2. Dikatakan kepada Nabi tersebut, “Tidak ada kesempitan bagimu didalam agama”, sedang kepada umat ini dikatakan:

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

“Dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu sekalian (wahai umat Islam) kesempitan didalam agama” (Al-Hajj 22: 78)

3. Dikatakan kepada Nabi tersebut, “Berdo’alah kepada-Ku, nescaya Aku akan penuhi do’amu itu”. Sedangkan kepada umat ini dikatakan:

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

“Berdo’alah kalian kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan untuk kalian” (al-Mu’min 40: 60) Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim.”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, al-Mu’min 40 : 60)

Doa Adalah Ibadah

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari an-Nu’man bin Basyir radiyallahu anhu, dia mengatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الدُّعَاءَ هُوَ الْعِبَادَة

“Sesungguhnya doa itu adalah ibadah”

Kemudian beliau membaca ayat:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Rabb-mu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (al-Mu’min 40: ayat 60) (HR at-Tirmidzi, an-Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Jarir. at-Tirmidzi berkata: “Hadis ini hasan sahih”)

Orang Yang Tidak Berdoa Adalah Orang Yang Sombong

Firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي

“Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku”. Ibnu Kathir berkata: “iaitu maksudnya enggan berdo’a kepada-Ku dan enggan Mentauhidkan-Ku”

Firman Allah:

سيدخلون جهنم داخرين

“akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” Ibnu Kathir berkata: “iaitu maksudnya dalam keadaan nista dan tercela”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, al-Mu’min 40 : 60)

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda:

يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ النَّاسِ، يَعْلُوهُمْ كُلُّ شَيْءٍ مِنَ الصَّغَارِ، حَتْى يَدْخُلُوا سِجْنًا فِي جَهَنَّمَ يُقَالُ لَهُ: بُولَسُ، تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأنْيَارِ، يُسْقَوْنَ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ، عُصَارَةِ أَهْلِ النَّار

“Orang-orang yang menyombongkan diri akan dikumpulkan pada Hari Kiamat, seperti semut kecil dalam gambaran manusia, yang mana mereka ditimpa kehinaan (disetiap keadaan). Hingga mereka masuk ke penjara di Neraka Jahannam yang bernama Bulas dan mereka diliputi oleh segala jenis api. Mereka diberi minum dengan Thiinatul Khabaal, iaitu cairan nanah penghuni Neraka” (HR Ahmad, Hadis Hasan; lihat Sahihul Jami’ no. 8040)