Bersabarlah, Kerana Baginya Pahala Tanpa Batasan

Tadabbur Al-Quran Siri # 9

az-zumar 10

Tajuk: Bersabarlah, Kerana Baginya Pahala Tanpa Batasan

Az-Zumar 39 : Ayat 10

Allah berfirman:

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar 39 : 10)

Ganjaran Pahala Tanpa Batasan

Imam al-Auza’i berkata berkenaan ayat ini:

ليس يوزن لهم ولا يكال لهم إنما يغرف لهم غرفا

“Tidaklah dibuat timbangan dan takaran bagi mereka, melainkan dituangkan tanpa ukuran”

As-Suddi (seorang tab’in dan ulama’ tafsir) berkata: “(Ayat ini adalah berkenaan ganjaran) didalam Syurga”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, Az-Zumar 39 : 10)

Sulaiman bin al-Qosim berkomentar: “Semua amalan diketahui pahalanya kecuali sabar. Allah berfirman (yang ertinya): “… Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (QS. As-Zumar: 10)

(‘Uddah ash-Shobirin wa Dzakhiroh asy-Syakirin,Ibn al-Qoyyim al-Jauziyyah)

Hadis Tentang Sabar

Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu ‘anhu mengabarkan bahwa orang-orang dari kalangan Anshar pernah meminta-minta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Tidak ada seorang pun dari mereka yang meminta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melainkan beliau berikan, hingga habislah harta yang ada pada beliau. Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda kepada mereka ketika itu:

مَا يَكُونُ عِنْدِي مِنْ خَيْرٍ فَلَنْ أَدَّخِرَهُ عَنْكُمْ وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ وَمَنْ يَتَصَبَّرْ يُصَبِّرْهُ اللَّهُ وَمَا أُعْطِيَ أَحَدٌ عَطَاءً خَيْرًا وَأَوْسَعَ مِنْ الصَّبْرِ

 “Sudah tidak ada lagi yang akan kuberikan. Aku bukanlah bermaksud mengecilkan hati kalian. Barangsiapa yang berusaha menjaga kehormatan dirinya maka Allah akan menjaganya. Barangsiapa yang berusaha merasa cukup maka Allah akan memberinya kecukupan. Barangsiapa yang berusaha untuk sabar maka Allah akan jadikan ia menjadi orang yang sabar. Tidaklah seseorang diberi pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran”.

(HR al-Bukhari no. 6470 dan Muslim, no. 1053)

Definisi Sabar

Syeikh Muhammad bin Soleh Al ‘Usaimin rahimahullah berkata, “Sabar adalah meneguhkan diri dalam menjalankan ketaatan kepada Allah, menahannya dari perbuatan maksiat kepada Allah, serta menjaganya dari perasaan dan sikap marah dalam menghadapi takdir Allah….” (Syarh Tsalatsatul Ushul, hal. 24)

Ibn al-Qoyyim al-Jauziyyah berkata: “Sabar itu tidak dengan berusaha sabar, namun dengan menahan hati dari menolak takdir dan menahan lisan dari mengeluh. Maka barangsiapa berusaha sabar sedang hatinya tidak menerima takdir ,maka ia bukan orang yang sabar.” (‘Uddah ash-Shobirin wa Dzakhiroh asy-Syakirin,Ibn al-Qoyyim al-Jauziyyah)

Perkataan Salaf Berkenaan Sabar

Berkata Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu: “Kami mendapati keutamaan hidup dengan bersabar, kalau sabar itu adalah seorang lelaki maka tentulah dia sangat mulia.”

Ali bin Abi Tolib radhiyallahu ‘anhu pernah berkata: “Ketahuilah, bahawasanya (perumpamaan) sabar dengan iman seperti kepala dengan badan. Jika kepalanya terpotong maka binasalah badannya.”

Berkata al-Hasan: “Sabar adalah perbendaharaan syurga yang tidak diberikan Allah kecuali bagi hamba yang mulia di sisi-Nya.”

(‘Uddah ash-Shobirin wa Dzakhiroh asy-Syakirin,Ibn al-Qoyyim al-Jauziyyah)

Leave a comment