Bersabarlah Dengan Ujian dari Allah

Tadabbur Al-Quran Siri # 8

ankabut 2

 

Tajuk: Bersabarlah dengan Ujian dari Allah, Kerana Setiap Ujian itu Tidak Lain Adalah Untuk Menguji Keimanan Kita. Semakin Kuat Imannya, maka Semakin Besarlah Ujian Allah Kepadanya.

Al-‘Ankabut 29: Ayat 2-3

Allah berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami telah Beriman?” sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan?” (Al-Ankabut 29 : 2)

Ibnu Kathir berkata tentang ayat ini:

ومعناه أن الله سبحانه و تعالى لا بد أن يبتلي عباده المؤمنين بحسب ما عندهم من الإيمان

“Maksud dari ayat ini adalah : bahawa Allah akan sentiasa memberi ujian kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, sesuai dengan kadar keimanan yang selama ini ia miliki”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, Al-‘Ankabut 29: Ayat 2)

Hal ini sebagaimana yang terdapat didalam sebuah hadis yang sahih, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَشَدُّ النَّاسِ بَلَاءً الْأَنْبِيَاءُ، ثُمَّ الصَّالِحُونَ، ثُمَّ الْأَمْثَلُ فَالْأَمْثَلُ، يُبْتَلَى الرَّجُلُ عَلَى حَسَبِ دِينِهِ، فَإِنْ كَانَ فِي دِينِهِ صَلَابَةٌ زِيدَ لَهُ فِي الْبَلَاء

“Manusia yang paling berat ujiannya adalah para Nabi, kemudian orang-orang yang Soleh, kemudian diikuti oleh orang-orang yang mulia, dan disusuli oleh orang-orang yang mulia berikutnya. Seseorang hamba akan diuji sesuai kadar agamanya (keimanannya). Jika keimanannya kuat maka ujiannya juga akan semakin berat.”

(Sahih. HR At-Tirmidzi no 3298 dan Ahmad. Disahihkan oleh al-Albani dalam Sahihul Jami’ 992-994)

Allah berfirman:

وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Al-Ankabut 29 : 3)

Ibnu Kathir menafsirkan dengan berkata:

أي الذين صدقوا في دعوى الإيمان ممن هو كاذب في قوله ودعواه والله سبحانه و تعالى يعلم ما كان وما يكون وما لم يكن لو كان كيف يكون وهذا مجمع عليه عند أئمة السنة والجماعة

“Maksudnya: (Dengan ditimpakan ujian itu) nescaya Allah mengetahui orang-orang yang benar dalam pengakuan keimanannya dan orang yang berdusta dalam ucapan dan pengakuan keimanannya. Allah Maha Mengetahui apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi, dan sekiranya terjadi (Allah juga Mengetahui) bagaimana kejadiannya. Ketetapan ilmu Allah seperti ini merupakan hal yang disepakati oleh para Ulama’ dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah”

(Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, Al-‘Ankabut 29: Ayat 3)

Allahua’lam.

Leave a comment